• ADEC
  • adec@um.edu.my
  • 03-79677818
logo
logo

.

.

.

.
JIKA ANDA MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR, SILA LAYARI LAMAN INI DI DALAM MOD DESKTOP SITE

Pengenalan 

SULAM adalah singkatan bagi Service Learning Malaysia – University for Society.SULAM adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti di mana nilai kredit dan jam pelaksanaan khidmat komuniti itu dikira dalam jumlah jam pelajar belajar bagi kursus yang berkaitan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

            

Definisi e-SULAM

e-SULAM merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan SULAM yang dijalankan secara atas talian samada:

- Hanya aspek P&P sahaja dijalankan secara atas talian; atau

- Hanya aspek khidmat komuniti sahaja dijalankan secara atas talian; atau

- Kedua-dua aspek P&P dan khidmat komuniti dijalankan secara atas talian..

.

.

Bagi maksud pertandingan ini, sesuatu projek e-SULAM perlu memenuhi kriteria berikut:

  1. Projek tersebut adalah berasaskan pedagogi service-learning
  2. Pelajar bertindak sebagai pemberi perkhidmatan yang menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di dalam kursus akademik untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti yang telah dikenalpasti
  3. Perkhidmatan yang diberikan perlu melibatkan penggunaan teknologi ICT sebagai medium penyampaian perkhidmatan kepada komuniti dan merupakan salah satu atau kombinasi daripada jenis e-SULAM berikut:
    1. Langsung – contohnya, projek e-kaunseling untuk membantu komuniti yang menghadapi masalah kemurungan
    2. Tidak langsung – contohnya, projek penghasilan video berkenaan penjarakan sosial untuk membendung penularan wabak COVID-19
    3. Advokasi – contohnya, projek yang menyediakan platform untuk masyarakat membantu golongan gelandangan
    4. Penyelidikan – contohnya, projek yang menjalankan penyelidikan berkaitan norma baharu pasca COVID-19.

​​ Kategori Pertandingan

Kategori ini berfokus kepada projek e-SULAM yang telah atau sedang dijalankan bersama komuniti.

Kategori ini berfokus kepada projek e-SULAM yang akan dijalankan bersama komuniti.

- Kategori ini berfokus kepada penyertaan terbanyak daripada sesebuah IPT.

- Bagi setiap cawangan IPT, jika ada, dianggap sebagai satu penyertaan.

.

                    

.

Hadiah Pertandingan


Muat Turun Syarat, Borang Penyertaan dan Senarai Semak Pertandingan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui butiran di bawah :

Sekretariat Pertandingan e-SULAM INNOVATE 2021
Bahagian Kecemerlangan Akademik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Pesekutuan
62200 PUTRAJAYA

Email : sulam.mohe@gmail.com

No. Tel : 03-8870 6544 (BKA)
             03 - 7967 7817 (UM)
WhatsApp: 011 - 2055 0569

.


Layari portal rasmi SULAM

sulam.mohe.gov.my

.

Anjuran bersama

.

.

Last Update: 08/10/2021